Tuesday, April 9, 2013

Penurunan Harga Kereta Disokong Analisa Ekonomi, Tetapi Peningkatan Subsidi Petrol Tidak

[This is a translation of a previous post that originally appeared in English, on request of a reader (original post here). I’m NOT going to take such requests very often, because translating some of the technical language from English to Bahasa is painfully laborious, and because for the sake of coherence this is not a direct translation. Feel free to send in requests anyway, but NO promises. A big thank you to my wife for a bang up job of editing my original translated text]

Salah satu topik yang hangat baru-baru ini ialah harga kereta yang mahal di Malaysia, satu isu yang telah diutarakan dalam Manifesto Pilihanraya Pakatan Rakyat. Seperti yang kita sedia maklum, industri kereta nasional telah lama dilindungi daripada persaingan asing melalui pengenaan duti eksais ke atas semua kereta impot samada yang dipasang diluar atau dalam Negara.

Walaupun dasar memperlindungi industri tempatan daripada saingan asing ada buruk-baiknya, perlindungan ini mempunyai kesan jelas pada harga kereta impot di Malaysia berbanding negara-negara lain. Sebagai contoh, Honda Civic di Malaysia harganya bermula dari kira-kira RM120k kepada lebih RM130k. Kereta yang sama boleh dibeli diantara USD18k (atau RM54k)dan USD28k (atau RM84k) di Amerika Syarikat. Pada kadar pertukaran Ringgit semasa, perbezaan harga ini adalah antara kira-kira 50% hingga 110% lebih tinggi di Malaysia daripada di AS. Walaupun mengambil kira perbezaan dalam harga jualan kepada pengguna (variasi enjin, insurans, aksesori, tahap trim dll), jurang perbezaannya masih lebih besar daripada yang berpatutan. Di rantau ini, hanya Singapura mempunyai harga kereta yang lebih tinggi.

Pengenaan duti eksais ini boleh diterima dari segi teori ekonomi sekiranya pengenaannya adalah serata. Namun seperti yang kita sedia maklum hakikatnya tidak, dimana pengenaan duti ke atas kereta nasional adalah lebih rendah daripada kereta bukan nasional, dan duti ke atas kereta bukan nasional CKD (dipasang tempatan) adalah lebih rendah berbanding kereta bukan nasional CBU (pasangan asing). Ini memutarbelitkan pasaran kereta di Malaysia, dan mengurangkan pemilihan kereta yang terbuka kepada pengguna. Dengan memberi kelebihan kepada jenama tempatan dan juga kepada kereta impot yang dipasang dalam negara, kuasa persaingan dikurangkan dan kita akan kerugian tahap kebajikan pengguna.

Hujah sebaliknya ialah dasar memperbezakan cukai ini membolehkan pembangunan industri berat tempatan. Walaubagaimanapun, pengalaman kita dalam tempoh tiga puluh tahun yang lalu menunjukkan bahawa kesan limpahan daripada industri kereta nasional mengecewakan, dan jika analisa dasar ini dilakukan tentulah ianya menunjukkan lebihan kos daripada faedah.

Memansuhkan pengenaan duti eksais ke atas kereta tanpa mengira kereta nasional atau tidak, akan meningkatkan persaingan dalam pasaran, mendorong kepada pengeluaran lebih efisyen, dan meluaskan pilihan pengguna (walaupun tanpa pembaharuan sistem AP untuk pengimpotan kereta). Langkah ini juga tentu popular di kalangan pengundi.

Dari perspektif analisa ekonomi, menghapuskan duti eksais yang berbeza akan beralih keseluruhan “keluk penawaran” (“supply curve”) bekalan kereta ke bawah dan meleperkan ia pada masa yang sama. Pada setiap kekangan bajet pengguna, pilihan pengguna akan/dapat diluaskan, lebih banyak kereta akan dijual pada segenap tahap permintaan, dan pengeluar yang lebih cekap dan efisyen akan mendapat manfaat ke atas usaha mereka yang lebih berdaya saing.

Setakat ini, analisa ini tidak boleh dinafikan. Tiada apa-apa kontroversi di sini melainkan daripada pandangan penyokong fanatik dasar perindustrian - ini adalah analisa mikro-ekonomi biasa, yang diterima secara meluas.

Bagaimanapun saya ada dua isu dengan kesan memansuhkan duti eksais ke atas kereta. Pertamanya ialah impak daripada lebih banyak kereta di jalan raya, dan keduanya, kesesuaian pengurangan duti eksais dengan cadangan polisi-polisi lain yang dikandung didalam Manifesto Pakatan Rakyat.

Masaalah pertama yang nyata kelihatan adalah pengurangan harga kereta akan meningkatkan bilangan kereta di jalan raya, pada masa kesesakan lalu lintas sudahpun buruk dan semakin teruk. Selain itu, kereta juga merupakan enjin pencemaran, yang melibatkan kos terhadap alam sekitar dan kesihatan manusia.

Kos ini tinggi dan bukan remeh. Walaupun harga pembelian kereta mengambil kira pengunaan bahan-bahan mentah, pembelanjaan R & D, dan gaji pekerja, manakala pemilikan kereta memberikan manfaat kepada pengguna melalui aliran perkhidmatan kereta merentasi masa, kos dan keuntungan ini pada tahap peribadi sahaja dan tidak mengambil kira kos kepada masyarakat keseluruhannya, atau apa yang dipanggil dalam teori ekonomi “eksternaliti negatif” (“negative externalities”).

Apa-apa faedah pertambahan kebajikan individu daripada kereta yang lebih murah, iaitu manfaat peribadi, akan diimbangi oleh lebih banyak masa dihabiskan dalam kesesakan lalu lintas, kemerosotan kualiti udara, risiko kesihatan yang lebih tinggi, dan kerosakan jangka panjang kepada alam sekitar daripada pengeluaran gas-gas pencemaran (“green-house gases”) yang lebih tinggi, iaitu kos kepada masyarakat. Kesimpulannya, apa yang kita dapat daripada pemansuhan duti eksais atas kereta ialah perubahan dalam pengagihan kebajikan sosial, pada masa sekarang dan juga untuk generasi akan datang, dan bukannya peningkatan dalam kebajikan tersebut.

Dari segi teori, dasar tindak balas yang sesuai dan berpatutan terhadap masaalah ini ialah mengenakan cukai yang bersamaan dengan kos yang ditanggung masyarakat, dimana harga pasaran akan merangkumi bukan sahaja kos pembuatan tetapi juga kos kepada masyarakat.

Namun dasar cukai seperti ini, yang digelarkan “Pigovian Tax”, sukar ditadbirkan melalui pemilikan kereta sahaja. Cukai yang dikenakan ke atas nilai kereta (tanpa mengira pembuatannya) tidak mengambil kira kegunaannya - seperti Lamborghini atau Ferarri yang menghabiskan 99% masa di pekarangan rumah, kurang mencemarkan alam sekitar berbanding kereta kecil yang digunakan setiap hari. Bantahan sedemikian juga boleh dilontarkan terhadap cukai ke atas saiz enjin - ia tidak mengambil kira kos sebenar yang ditanggung masyarakat.

Namun demikian, kedua-dua cadangan cukai diatas merupakan dasar alternatif yang boleh digunakan, yang akan meraih manfaat daripada pilihan pengguna yang lebih tinggi dan persaingan yang lebih meluas walaupun agak tidak sempurna mencakupi eksternaliti negatif kerana beban cukai tidak dikenakan secara adil. Cukai kesesakan (“Congestion tax”) seperti diamali di Singapura dll, mungkin lebih efisyen, tetapi juga tidak benar-benar mengambil kira kesan daripada pencemaran alam sekitar serta kesan ke atas kesihatan manusia. Ini semua adalah penyelesaian yang alternatif kedua terbaik.

Dasar pilihan yang terbaik sekali adalah untuk mengenakan cukai ke atas pengunaan kereta secara langsung - dalam erti kata lain, cukai ke atas petrol. Sebagai contoh, anggaran daripada kehilangan produktiviti melalui masalah kesihatan dan kesesakan lalu lintas, serta kerosakan jangka pendek dan panjang ke atas alam sekitar daripada penggunaan kereta bagi Amerika Syarikat ialah kira-kira RM0.90 seliter lebih daripada harga pasaran (tanpa sebarang subsidi).

Berdasarkan pengeluaran CO2 per kapita Malaysia relatif kepada AS, kadar cukai yang optimum bagi petrol adalah kira-kira RM0.37 seliter, yang sebenarnya cukup dekat dengan duti eksais yang dikenakan kerajaan ke atas harga petrol tetapi tidak dikutipnya.

Berdasarkan ini, pilihan dasar ekonomi yang betul ialah memotong duti eksais ke atas kereta, tetapi pada masa yang sama menghapuskan subsidi harga dan mengenakan semula duti eksais ke atas petrol. Lebih baik lagi jika duti eksais ke atas petrol dapat diubahkan sebagai cukai alam sekitar dimana hasil daripada cukai ini digunakan untuk membiayai guna pakai teknologi hijau, ataupun membiayai operasi dan penambahbaikan pengangkutan awam. Dari sudut fiskal, mengenakan semula duti ke atas petrol boleh mengimbangi kehilangan hasil daripada penghapusan duti eksais ke atas kereta.

Walaubagaimanapun, Manifesto Pakatan Rakyat bukan sahaja mencadangkan penghapusan duti ke atas kereta, tetapi sebaliknya mahu meningkatkan lagi subsidi petrol. Ini tak masuk akal. Jika menjadikan harga kereta lebih murah mengakibatkan peningkatan dalam pemilikan kereta, petrol yang lebih murah pula akan meningkatkan juga penggunaan kereta, dan oleh itu meningkatkan kos yang ditanggung masyarakat.

Pembaziran juga akan meningkat kerana harga yang lebih rendah daripada harga pasaran-yang betul juga mengurangkan insentif untuk menggunakan sumber-sumber sedia ada dengan cekap. Penggunaan bahan api alternatif dan teknologi kereta hijau juga akan dihindarkan. Beban kos ke atas masyrakat juga akan melebehi apa-apa peningkatan manfaat peribadi, tidak termasuk implikasi fiskal daripada tahap subsidi yang lebih tinggi.

Selain itu, petrol dan kereta yang lebih murah akan melemahkan pengembangan dan kemajuan system pengangkutan awam, yang kedua-dua belah pihak politik kononnya menyokong. Memandangkan ciri-ciri relatif pengangkutan peribadi (kemudahan) berbanding pengangkutan awam (penjimatan kos), meluaskan jurang perbezaan antara kedua-dua jenis pengangkutan ini melemahkan kes ekonomi dan kewangan untuk pengangkutan awam. Pengangkutan awam akan bertukar menjadi gajah putih yang terpaksa dibiayai kerajaan dan masyarakat.

Kes ekonomi bagi menghapuskan duti eksais ke atas kereta adalah jelas - penambahan persaingan akan meningkatkan pilihan pengguna yang juga akan menambahbaik kecekapan pegeluar. Dalam kes ini, kerajaan hanya perlu mengambil kira eksternaliti negatif (iaitu kos ke atas masyarakat seluruhnya) daripada penggunaan kereta.

Kes ekonomi untuk meningkatkan subsidi petrol adalah lebih jelas lagi, kerana sememangnya tiada kes. Sebaliknya, dari segi teori ekonomi mahupun amalan global, dasar yang akan memaksimumkan kebajikan sosial ialah meghapuskan subsidi petrol, dan bukan meningkatkan subsidi petrol tersebut.

Apabila diambil bersama-sama dengan pelan untuk pengangkutan awam dan penghapusan duti ke atas kereta, perlu kita maklumkan bahawa pendekatan yang diambil dalam Manifesto Pakatan Rakyat terhadap pengangkutan awam dan pengangkutan peribadi tidak konsisten, malahan seakan-akan menderita skizofrenia. Rangkakerja analisa yang menyokong pemansuhan duti ke atas kereta juga menyediakan rasional untuk penghapusan, bukan peningkatan, subsidi petrol.

Mengurangkan kos individu terhadap penggunaan kereta yang sudahpun rendah dengan subsidi sedia ada, akan menjamin kegagalan dasar meluaskan dan memperbaiki sistem pengangkutan awam. Kos ke atas masyarakat daripada cadangan ini juga berkemungkinan akan mengimbangi apa-apa manfaat peribadi yang terlibat.

Dari pandangan saya, secara holistik, cadangan dasar-dasar ini tidak koheren dan tidak akan memperkasakan kebajikan rakyat Malaysia.

9 comments:

  1. gua rase macam tengok cita jepun dub..how u been bro :)

    ReplyDelete
  2. Ya tapi dub cerita yang boleh tahan hebat jugak lah. Tahniah kepada isteri yang bertungkus lumus agaknya memenuhi kehendak sang suami......hahaha.
    Tapi, bro, nampakgaya, hang masih nekad tentang cukai Pigovian tu. Jangan berhati kering, fikirkan lah masak2 cadangan saudara. Cukai tu bakal menaikkan kos bukan sahaja kepada pemilik kereta tetapi kepada semua pengguna kenderaan, awam atau persendirian. Justeru, ia akan meningkatkan kos pengangkutan barangan secara mendadak dan akibatnya harga barangan keperluan akan melambung naik. Natijahnya, masyarakat marhaen seperti diri pacal ini yang tidak berkereta maupun berkapchai terpaksa menanggung beban hidup yang semakin berat apatah lagi terus dibelenggu kemiskinan dikala nilai beli mata wang dalam genggaman semakin susut dimamah inflasi . Seringkali selepas membaca nukilan saudara, aku duduk kesepian, menongkah dagu, mengerut dahi, mengurut dada menghela panjang mengenang untung nasib anak pinakku yang sepuluh itu sambil jari jejari merenyok duit kertas yang tak seberapa. Aduhai, malap sungguh masa depan darah dagingku yang bakal dibayang mendung berpanjangan, diduga mehnah disambar halilintar tatkala mengharung ranjau liku-liku hidup yang tidak lekang dari derita yang silih mengunjung tiba bak tamu yang tak diundang. Bukankah mudah memansuhkan semua cukai kereta, memberi insentif untuk penggunaan kenderaan berbahanapi 'hijau' serta LNG, memansuhkan subsidi petrol sambil menanda aras harganya pada harga pasaran semasa tanpa menganggu subsidi diesel.
    Apa salahnya cadangan pacal itu bukankah ianya tidak menyakiti sesiapa sambil memberi peluang pada pasaran bahan api mendidik pengguna akan penggunaan berhemah? Dan bukankah ia menggalakkan penerimaan teknologi hijau. Dan cukai Pigovian sendiri dikritik Hayek sebagai tidak rasional apatah Pigov sendiri mengakui kesukaran menghitungnya.begitu pengkritik seperti Baumol, Buchanan dan Coase. Kendatipun, laksanakan cukai Pigovian tu atas arak dan rokok, dua kemewahan yang didamba si-hartawan (tp jgn atas rokok daun kegemaran golongan daif cam saya, ya saudara):

    Tapi bukan atas bahanapi. Tolong lah fikir2kan wahai saudara yang arif lagi budiman.

    Pacal Teratak 231

    ReplyDelete
    Replies
    1. ROFLMAO!

      Next time, I'll pass on any translation requests to you!

      And I still can't believe you're throwing free-market, government-is-evil, taxation-is-criminal Friedrich Von Hayek at me.

      In any case, I don't think the social cost would be that hard to figure out, or at least those parts of it that involve quantifiable public costs e.g. health, or private costs e.g. hours lost through longer commutes. Those parts of the social cost that are hard/impossible to measure should be treated a lot more cautiously. That would mean that a Pigovian approach to taxing petrol/diesel would be less than the social optimum, but at least would partially internalise the externalities involved.

      Besides, we have ample precedent for the application of Pigovian taxation, as any trip to a tobacco or liquor shop can attest.

      Delete
  3. Just to add two cents to Pacal's lament. Looks like enviro will increasingly take a back seat what with shale gas becoming cheaper:


    http://articles.washingtonpost.com/2013-04-01/world/38182416_1_natural-gas-shale-gas-basf


    Maybe a stampede from Europe in search of pollution havens in the making if they insist on environmental concerns:

    http://www.themalaysianinsider.com/litee/business/article/crunch-vote-nears-that-could-kill-eu-carbon-fix/

    Interesting too that MALAYSIA has the third largest global gas reserves that need not undergo fracking like shale gas does.

    Warrior 231

    ReplyDelete
  4. Pretty callous of you to upbraid, Pacal 231over Hayek (just noticed the 231 digits, a pardonable ripoff anyway) ; ) The poor guy has facts on his side especially on the inflationary effects of a Pigovian tax with unproven environmental and health ramifications being small comfort to a family of probably 12 ( if wifey is included) on the edge of poverty and probably staring at the abyss. In any case, ur Pigovian outcome being beneath the social optimum would imply topups cos the Pigovian is reliant on speculative costing not actual costs and thus by default adding an extra subsidy burden to the exchequer and we are not talking about administrative costs yet, so there is no real gain there. Given that, the better choice would be as Pacal stated, withdraw the subsidy and let the market educate the user. After all when s#%t hits the pocket, reality and by default, rationality will kick a^%e..

    Back to Hayek, the man is not exactly the ogre he is made out to be. He has some valid points especially with regard to Pigov. But hey, wasn't he a libertarian reaction to your favie poster boy, Keynes....hahahaha.

    In any case, my poor Malay probably spots an error in Pacal's 'jari jejari' should be 'jari jemari' i may be wrong though?

    Warrior 231

    ReplyDelete
  5. Pacal zahirkan terima kasih kepada Warrior 231. Terharu sungguh pacal apabila pacal menyedari ada insan lain yang memahami dan bersimpati akan perit jerih dan pahit main kehidupan Pacal sekeluarga yang dihimpit kemiskinan. Namun begitu, pacal mohon maaf kerana "meminjam" nombor kod tuan Warrior sekadar sebagai perencah bagi menarik perhatian.

    Tuan blogger yang budiman, janganlah kesangsian kita terhadap tuan Hayek membuatkan kita menolak mentah2 semua pandangannya. Ada juga kebenaran tentang apa yang dinyatakan tentang cukai Pigovian. Bagi merungkai masalah yang bakal timbul dari termaktubnya cukai berkenaan, sudi lah tuan blogger menilai cadangan alternatif Pacal buat merungkai masalah. Apa kata kita amalkan sistem 'had & niaga" ( cap & trade, dalam resam omputeh)

    http://www.motherjones.com/blue-marble/2012/08/california-carbon-trading-diagram

    Ia akan sekaligus mencerna usaha ke arah penggunaan tenaga bersih lagi berhemah disamping menjana aktiviti ekonomi pasaran yang baru yang juga bakal menjana pendapat buat perbendaharaan negara. Tuan blogger, Pacal faham akan pengaruh dan input tuan dalam menentukan dasar ekonomi negara oleh itu mohon agar pendapat Pacal diketengahkan semoga warga marhaen macam diri Pacal tidak dibelenggu oleh cukai tambahan yang memudaratkan hidup.

    Pacal teratak 231

    ReplyDelete
  6. Pacal, I am afraid tuan blogger meant cars not industry. Anyway, thanks for yer alternative proposal for industry.

    Warrior 231

    ReplyDelete
  7. Ini sikap pengguna juga bro pascal. Pergi kerja naik kereta BESAR, pandu sorang-sorang, mana tak sesak. Kena turunkan harga kereta kecil macam viva auto supaya rakyat mampu beli dan siapa naik kereta kereta kecil diberikan diskaun parking. Ok tak?

    ReplyDelete