Did the media get it wrong, or did the Yang Berhormat Minister get confused? It was reported in the papers that the Ministry of Human Resources would open a blog in a couple of weeks to get feedback from the public on the introduction of a minimum wage (I commented on this a week ago). Turns out the blog has been up for over a month now:
“Kata Aluan dari Y.B Menteri
Tuan/Puan yang dihormati,
Salam 1Malaysia.
Selaras dengan konsep “1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”, Kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia sedang mengkaji kemungkinan pelaksanaan gaji minimum kebangsaan untuk pekerja sektor swasta di Malaysia. Kajian ini juga selaras dengan hala tuju Kerajaan untuk merealisasikan model baru ekonomi yang berteraskan ekonomi berpendapatan tinggi dan usaha mempertingkatkan taraf hidup isirumah berpendapatan rendah.
Tidak dinafikan, masih terdapat segelintir rakyat yang hidup di bawah paras Pendapatan Garis Kemiskinan (PLI), malahan ada yang memperoleh pendapatan kurang daripada RM500 sebulan. Peningkatan kos sara hidup terutamanya harga barang keperluan harian yang semakin meningkat, golongan berpendapatan rendah ini menghadapi kesulitan untuk memenuhi keperluan hidup mereka terutamanya di kawasan bandar. Cadangan penetapan gaji minimum kebangsaan sekurang-kurangnya akan dapat mengurangkan permasalahan ini.
Namun demikian, sesetengah pihak berpendapat penetapan gaji minimum kebangsaan akan membawa kepada implikasi negatif kerana ia boleh menjejaskan kuasa pasaran (distort market forces). Pelaksanaan gaji minimum juga boleh menyebabkan ‘kehilangan’ beberapa kategori pekerjaan di peringkat rendah yang masih ada permintaan terutamanya untuk golongan yang mudah terjejas (vulnerable groups) khususnya mereka yang bekerja di luar bandar dan secara tidak langsung akan meningkatkan kadar pengangguran negara.
Sehubungan itu, Kementerian Sumber Manusia amat mengalu-alukan sebarang pandangan, pendapat, idea, cadangan dan komen yang boleh disalurkan melalui blog ini atau menerusi e-mail: gaji_minimum@mohr.gov.my bagi membantu Kerajaan dalam menggubal dasar dan strategi mengenai gaji minimum.
Kerjasama tuan/ puan amat saya hargai dan didahului dengan berbanyak-banyak ucapan terima kasih.
Datuk Dr. S. Subramaniam
Menteri Sumber Manusia”
Go ahead and drop by. I’ll be giving my feedback as soon as I get my guns. Just kidding…I think.
salam kenal
ReplyDelete